Cabaran dan Azam Tahun 2020

By Zulasri Ashaari - December 31, 2019


ITS NEW YEAR GUYS !!! 

Setakat ni, tahun 2020 belum ada lagi kereta terbang. Belum ada alien datang ke bumi untuk stay. Belum ada mesin waktu. Hahaha semua tu hanya anggapan aku waktu kecik-kecik dulu. Tahun 2020 ni, aku masih menyambut tahun baru di Batu Pahat. Memandangkan Johor tidak cuti pada tahun baru, so keadaan disini ada sedikit sendu. Tiada sambutan yang dibuat dan agak boring juga lah. Keadaan ini berbeza dengan negeri-negeri yang membangun. Di Sabah ni, confirm dah jammed dan full dengan manusia yang ber-party giteww.. Hahaha

Seperti kebiasaannya,Setiap tahun akan keluarlah azam baru. Ada yang berazam nak kawin, nak tunang, nak travel dan tidak kurang juga berazam nak kurus ( termasuk saya la tu ). Syukur Alhamdulillah,Terima kasih 2019 kerana banyak mengajar aku untuk lebih kuat dan lebih sabar dalam menempuh liku-liku kehidupan. Uiseh ! Macam la banyak dugaan tahun 2019 ni kan. 

Untuk 2020 ni, memandangkan belum ada kereta terbang, ini adalah azam dan cabaran yang akan aku tempuhi.


AZAM TAHUN 2020 

1. Kurangkan berat badan/ bagi fit sikit biar nampak hot. Hahaha
2. Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis pada senyuman.
3. Simpan duit sebanyak yang mungkin.
4. Travel luar negara. Cadangan : Thailand, Bali dan Japan.
5. Aktif balik dalam dunia blog. 
6. Memperbaiki tulisan blog. * Sebarang komen penambahbaikan amat dialu-alukan.
7. Membuat video Pengajaran untuk kemudahan pelajar.


CABARAN 2020 


1. Tahun pertama menjadi tenaga pengajar.
2. Memahami subjek yang bakal diajar.
3. Naikkan balik view blog yang semakin sendu.

Mostly, azam setiap tahun sama jak, terutamanya part diet tu. Memang tak pernah la kesampaian. Hahaha. Cuma tahun ni merupakan tahun pertama sebagai tenaga pengajar, so agak sedikit mencabar lah sebab sudah lama tidak mengajar. Hopefully, saya dapat mengajar dengan baik dan dimudahkan perjalanan di tahun ini. Semoga kalian semua baik-baik sahaja. 

SO, Tahun baru ni apa azam korang ? SHARE kat saya di comment dibawah. Saya nak baca.. HEHEHEHE

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah