Sahur sendirian

By Zulasri Ashaari - May 20, 2019



Tahun ke 6 berpuasa di perantauan. Jauh daripada keluarga membuat aku dah terbiasa dengan kehidupan bersendirian. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Jika dulu mungkin ramai kawan-kawan Universiti sebagai peneman sahur. Tapi tahun ini, berbeza sedikit dengan keadaan sahur tahun-tahun sebelum. Dunia pekerjaan sangat berbeza dengan suasana Universiti, yang penuh dengan gelak tawa, penuh dengan gurauan dan yang paling penting sekali tidak bersendirian. Ada kalanya aku berfikir, apa sebenarnya yang aku buat di tanah semenanjung lama-lama? Tidak ada kah pekerjaan lain di Sabah tu? Banyak perkara yang bermain di fikiran mengenai ini. Apa yang aku tahu, aku kena teruskan kehidupan walaupun jauh daripada keluarga. Mungkin ini sudah tertulis buatku, mencari rezeki di tempat orang. Dan mungkin ini juga satu cabaran buatku untuk lebih berdikari. Tahun ni masih berpuasa sorang-sorang. Mungkinkah tahun depan dah ada peneman? Haha kita tunggu.

Menu sahur harini, nasi putih dan kicap bersama ayam percik yang dibeli di Baazar Ramadhan semalam. Nafsu mengatakan ya, tapi kekenyangan melampau membuat aku untuk tidak menghabiskan makanan yang dibeli. Beli berpada guys di bulan ramadhan. Salam Sahur 😊

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah