Tuesday, October 16, 2018

HUKUM BEKERJA DIKEDAI YANG MENJUAL ARAK SEPERTI 7ELEVEN & 99 SPEEDMART


Semenjak dua menjak ni, ramai orang yang membahaskan mengenai topik arak. Apa itu arak? Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram. Tetapi, untuk yang menetap pada wilayah yang sejuk, umpamanya wilayah Eropah, arak kerap digunakan sebagai pemanas badan. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan. Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia  amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

HUKUM BEKERJA DIKEDAI YANG MENJUAL ARAK SEPERTI 7ELEVEN & 99 SPEEDMART

Seperti orang lain, saya juga merupakan pekerja 99 Speedmart. Saya juga sentiasa berfikir, Apakah hukum bekerja di kedai yang menjual arak? Apakah haram untuk umat Islam bekerja di kedai yang menjual atau membekalkan barangan tidak halal seperti 7 Eleven dan 99 Speedmart? Menurut pandangan Ustaz Azhar Idrus, pekerja yang terlibat dengan arak atau benda-benda tidak halal hukumnya Haram. Gaji yang diperolehi tidak halal.

                         

Justeru bagi seorang mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak. Ini dikuatkan dengan hadis Anas bin Malik RA:


لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (1295) dalam Sunan.

Menurut pandangan Ustaz Amin pula, bekerja ditempat tersebut dibolehkan dan gaji yang diperolehi itu halal cuma sebahagian kecil daripada hasil duit yang dibayar melalui bekerja di kedai yang  menjual arak haruslah dijadikan sebagai wang syubhat, iaitu ia hendaklah diserahkan kepada Baitulmal atau diserahkan kepada golongan fakir miskin dan memerlukan atau diserah untuk masalah-masalah umum umat Islam seperti untuk membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya.

                   


Menurut pandangan Ustaz Khalid Basalamah, beliau berpandangan bahawa hasil gaji yang dibayar melalui bekerja di tempat yang majoriti daripada kedai tersebut menjual barangan halal, maka gaji tersebut dikira HALAL. Akan tetapi, sebahagian kecil daripada gaji tersebut haruslah disedekahkan. Contohnya, 95% daripada hasil jualan kedai tersebut menjual barangan halal, manakala 5% hasil jualan kedai tersebut pula daripada barangan tidak halal. Maka 5% daripada gaji yang kita dapat itu adalah haram dan duit tersebut harus dijadikan sebagai wang syubhat dan mesti didermakan agar hasil yang kita dapat itu daripada hasil yang halal.


                


Justeru itu, dalam isu bekerja di kedai 7-Eleven, Speed Mart atau di kedai-kedai lain yang seumpama dengannya dalam penjualan arak:

  • Jika pendapatan yang mereka perolehi ialah daripada hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram mengambilnya tetapi makruh.
  • Jika pekerja itu terlibat dengan jual beli arak itu contohnya di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah Sharh al-Misykah dalam menghuraikan hadis riba: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi tingkatannya.”
  • Sebaiknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk memisahkan kaunter barangan yang halal dan barangan yang haram, atau mengikut pekerja, dan ini adalah tanggungjawab majikan yang perihatin terhadap kebajikan agama para pekerja Muslim.
ZULASRI : Mungkin ramai yang mengambil remeh mengenai isu ini. Tetapi haruslah kita tahu, setiap hasil yang kita dapat/makan akan mengalir ditubuh badan kita. Semoga apa yang kita buat ini diberkati oleh Allah S.W.T. Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah