Trip To Universal Studio Singapore 2018

By Zulasri Ashaari - June 07, 2018

FUH !!!

Nak plan kasih jalan benda ni bukan senang. Apa lagi melibatkan ahli yang ramai. Plan nak ke Universal Studio Singapore ( USS ) ni daripada semester lepas lagi. Dengan menempuh pelbagai halangan, akhirnya dapat juga kitorang ke USS ! Yahoooo !!

Memandangkan USS tu bukan kawasan Malaysia, yezzaaa kami kena lah ada passport kan? Yang nak ke sana 15 orang, yang ada passport 4 orang je. Nak buat passport bukan murah beb, kena bayar RM200++. Nasiblah dulu aku ada pengalaman buat passport berkumpulan, means kena bayar RM200 je ramai-ramai. Minimum 5 orang guys ! So boleh lah kongsi duit untuk buat benda tu. Tapi nak ingatkan, passport tu boleh guna untuk sekali perjalanan sahaja dan ianya tidak valid kalau salah seorang tak dapat datang. Means sorang tak dapat datang, semua yang ada kat passport pun tak boleh go. Jadi boleh la plan siap-siap siapa ja yang betul-betul nak pergi.


Alhamdulillah, setelah semua selesai kami pun bergeraklah daripada UTHM seawal 5.00 pagi untuk mengelak daripada traffic jam sebab kitorang kena berkumpul di Tune Hotel, Johor Bharu pada pukul 7.00 pagi sebelum ke Singapore ! Perjalanan macam kejap je, tapi sebenarnya lama. Nak berbaris cop passport pun ya Allah punya panjang barisan. Yelah, berapa ramai rakyat Malaysia yang kerja di Singapore dan berapa ramai rakyat Singapore yang ulang-alik Malaysia. Kami pula pakai passport group, memang lama lah prosesnya. Nak tengok sorang-sorang, fuh ! jenuh beb ! Driver bas pula kasih masa around 30 minit je untuk settle benda ni. Kalau tak dia tinggalkan kami. Hahaha 

Dalam pukul 10.00 pagi camtu kitorang sampai USS ! Wohooo feeling excited sebab ni first time masuk USS ! Sebelum agen tu claim tiket, kami pun ramai-ramai bergambar kat Bumi Universal tu. If you know what i mean. Tengok kat gambar macam besar, dah tengok sendiri alahai comel je bumi dia ni. Tapi taknak lepaskan peluang bergambar, jadi kami pun gilir-gilir ambil gambar. Yezzaaa This is mine !


ZULASRI : Akan bersambung !


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah