5 Tips Cuti Pertengahan Semester

By Zulasri Ashaari - April 01, 2017


My last wiring lab before semester break ! :)

Hello guys ! Our semester break begins ! OHHHYEEAAHH !!!

Bermula hari ini, hampir semua pelajar Universiti Awam Malaysia menikmati cuti pertengahan semester. Feeling excited nak jumpa family, hari rabu dah start sunyi persekitaran universiti. Tinggallah aku sorang-sorang kat bilik meratapi nasib yang tak boleh balik sebab tiket flight mahal nak mampos. Tu la dugaan budak-budak Borneo yang study kat Semenanjung Malaysia. Okay ni sedikit tips daripada budak yang tak balik cuti. huhuhu

1. SIAPKAN KERJA YANG TERGENDALA

 Niat sebenar nak relax-relax sepanjang cuti, tapi kerja berlambak pula. Haaaa ni la sebenarnya tujuan cuti semester. Untuk kita siapkan kerja yang tergendala. Menjadi student memang dah masak dengan assignment yang berlambak dan membukit. Jadi apa salahnya korbankan masa relax anda untuk siapkan kerja tu. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

2. STUDY 

Ni benda paling liat nak buat. Dah cuti nak study apa lagi kan? haha TAPI ! TAPI ! TAPI ! jangan lupa, ada sesetengah pensyarah akan buat segala test, pop kuiz dan macam-macam lagi selepas cuti pertengahan semester. Ni dinamakan senang-senang dahulu, susah-susah kemudian. Hahaha tapi tak senang pun sebab we still need to study right? haha

3. RANCANG PERJALANAN 

YES ! Rancang cuti anda sebaiknya. Jangan sebab dah seronok sangat cuti sampai lupa nak balik kampus. Hahaha Sebaiknya, beli tiket awal-awal nak balik kampus. Takut habis pula tiket sebab pelajar lain pun akan balik ke kampus masing-masing pada tarikh yang sama. Mostly la. Jadi, macam mana excited korang nak balik time cuti tu, macam tu juga la korang kena excited nak balik kampus. Hahahaha

4. LUANGKAN MASA DENGAN KELUARGA

Alasan yang selalu pelajar buat nak balik cuti ni sebab rindu kat keluarga. Jadi luangkan la masa sebaiknya dengan keluarga tercinta. Bukan keluar dengan kawan-kawan dan habiskan masa cuti keluar ngan pakwe/makwe. Family first !! hehe

5. AMBIL MASA UNTUK ALLAH

Kat kampus busy, so ambillah masa cuti ini untuk perbanyakkan lagi amal kepada Yang Maha Kuasa.


ZULASRI : Hope percutian anda semua okay je ! Hati-hati ketika berseronok k :)


JOM TERJAH STORY NI JUGA :

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. laaa org borneo rupanyaa. hihihi mesti sedih rasa sikpat balik nak. good tips anyway! other than that mungkin blh jalan2 dekat area nok dekat2 ala-ala traveling gia hihihi

    ReplyDelete
  2. Menarik untuk dicoba, terima kasih ilmunya. Rinduk keluarga dan Meluangkan waktu dengan Allah.

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah