Semester baru sebagai final year student



Semester baru dah seminggu berjalan. Back to school guys ! Seperti biasa, minggu pertama ni minggu insert/delete subjek. Mood nak study tu belum ada lagi, rasa nak sambung je cuti ni. Tapi bila fikir balik, nak cuti lama-lama pun buat apa? Apa je nak buat kat rumah selain membesarkan badan? hahaha

Oh well, my 1st week kat kampus tak best sangat. Hari pertama kuliah dah ponteng sebab lambat bangun. *Ni dota punya pasal la ni. Means hari ketiga baru masuk kelas sebab hari kedua tu memang takde kelas. Nak ke kelas tu bukan senang, nak kena berebut bas pulak then berhimpit macam sardin kat dalam. Dah bermacam bau ada dalam bas tu. Hahaha 

Sampai je kelas, bukan main lagi lecturer ni dah habiskan bab 1 dan bab 2 diminggu pertama. Siap kasih task lagi. Kalau sikit takpe la juga, ni dia boleh kasih 16 muka surat yang setiap muka surat tu ada 20 simbol elektrik nak kena lukis dan buat kat Autocad. Tak tau ke hati ni masih lagi melayang kat rumah. Hahaha Dah la kerja banyak nak mampos, kelas pun habis tepat masa 8 pagi - 5.00 petang. Memang tak kasih peluang langsung diminggu pertama.

Then time nak balik tu, kena tunggu bas pulak. Time tunggu bas tu bukan main ramai lagi adik-adik pompuan. Abam sorang je lelaki, baru nak control-control sikit, dipendekkan cerita, aku ditinggalkan oleh 4 buah bas. Memandangkan aku sorang je yang nak ke Taman U dan adik-adik tu nak ketempat lain. Means adik-adik tu dok pandang aku je la ditinggalkan bas walaupun aku tahan bas tu bukan main lagi. Boleh je bas tu jalan tak berenti kat tempat aku. Adik-adik dah pandang lain macam tengok abam ditinggalkan 4 bas. Dah la bas kena tunggu setiap 30 minit. Mereput tunggu bas 2 jam. Rasa nak sorok je muka ni kat poket. Hahahaha.

Hati dah membara, rasa nak hempuk je pakcik yang tinggalkan aku ni. Bazir masa woi ! Nasib tahap kesabaran ni tinggi, bolehlah naik bas ke 5 dengan hati yang tenang. hehehe That's my story for my 1st week. Kawan-kawan plak camne? ceh cerita skit. hahaha

ZULASRI : Tahun akhir beb, doakan abam ! :)


JOM TERJAH STORY INI JUGA :

No comments:

Post a Comment

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah