Program Pemantauan Pelajar Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia

By Zulasri Ashaari - November 13, 2016

Setelah sekian lama jadi pelajar nakal yang tak reti-reti nak pakai formal, akhirnya terpakai juga baju formal yang hampir nak berhabuk. Dah senior la katakan, mana nak pakai formal dah. Pakai jeans dan t-shirt je masuk kelas. Mampos dengan tatacara pemakaian. Hahaha Memandangkan pegawai KPM nak datang harini, abam pun bersusah payah la nak seterika baju pepagi dan berpakaian formal. Agak janggal juga sebenarnya nak pakai macam ni. Tapi nak buat macam mana, bakal cikgu lah katakan. hehehe

Alhamdulillah, melalui pemantauan ini, dapatlah kami tahu serba sedikit mengenai isu-isu semasa mengenai pendidikan dinegara kita. Bukan mudah sebenarnya untuk jadi pendidik. KPM mengeluarkan banyak duit untuk memastikan kualiti pendidikan kita setaraf dengan negara-negara maju. Kita seharusnya bersyukur, walaupun negara kita dilanda ekonomi yang teruk, tetapi sistem pendidikan kita masih dijaga. Yelah kan, kalau bukan pendidikan bagaimana kita nak jadi negara maju kan? ye dok? 


ZULASRI : Abang lanje satu gambar dengan pegai KPM. Follow abang kat insta juga @ohohzulasri


JOM TERJAH STORY NI PULA :

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah