HAPPY POLLA DATANG SABAH

Siapa yang tak kenal dengan Happy Polla. Dia merupakan pelawak Thailand yang terkenal diseluruh Asia dengan video-video lawak yang menaikkan bulu roma semua orang. Terus terang aku katakan, semua video yang dia post memang lawak dan seram. Naik bulu roma beb tengok video dia. 26 Mac 2016 ini, beliau akan datang ke Sabah sempena pembukaan Mia Boat Noodle di Imago Shopping Mall. Kepada peminat-peminat beliau, boleh lah menghadirkan diri ke sana tepat pukul 2 petang. Rasanya baru je 2 minggu lepas aku datang sana sebelum masuk semester baru ni. Time aku kat sana takde sapa plak nak datang. Time aku kat Johor dah baru banyak event kat Sabah. 

" Ada kat Sabah nak balik Johor, Ada kat Johor nak balik Sabah"

Sebelum balik Johor, makan kat Mia Boat Noodle juga. Makanan kat sini simple dan sedap. Semangkuk boat noodle ni harganya dalam RM1.90. Untuk orang yang kuat makan macam aku ni kena order sekurang-kurangnya 5 mangkuk. Sebab semangkuk tu aku makan satu suap je. Memang sikit, sebab tu murah. Tapi rasanya memang awesome. Kalau nak datang sini, baik ambil yang original sebab Spicy ni pedas dia lain macam sikit. Pedas nak mampos ! haha Tak lupa juga, try green tea dia, sememangnya sedap dan asli daripada Thailand. 


 Official Poster Happy Polla : I Make You Happy

  

ZULASRI :  Jangan lupa selfie dan post kat FB dengan #MiaBoatNoodle. Dapat 10% diskaun beb ! hehe 

 

 JOM TERJAH STORY NI PULA : 
  1. Hukum mewarnakan rambut dalam Islam.
  2. Perbezaan cara sebat dalam islam dan sivil.
  3. Hukum Mengambil Gambar.
  4. Sebab Kita Solat Menghadap Kaabah.
  5. Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan.

6 comments:

  1. Replies
    1. tak penah jumpa lagi.. haha tapi klo dapat selfie sekali mesti best haha

      Delete
  2. ni mcm boat noddle yang femes tu lah kan? pedas sgt eh? haritu makan tak pedas sgt tp bukan dekat sini!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. m=xde la pedas sangat..tp dah zul x biasa makan pedas, mybe sbb tu la kot rasa pedas sangat..hhehe

      Delete
  3. Wah terliur tengok..salu mkn boat noodle dkt Kuantan jerk..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa untung la ada tempat makan. kat Batu Pahat ni xde lagi... kna makan bakso je la jawabnya.. rasa pun lebih kurang. haha

      Delete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah