SUKIPT 2016 : 2 Days Left


SUKIPT 2016 2 hari je lagi ? OMG ! OMG ! Perlukah aku excited atau gembira? Selama 2 minggu berturut-turut mengadakan fitness dan latihan, tak lama lagi nak masuk hari pertandingan. Cepat je masa berlalu. Bermula 21 Januari hingga 24 Januari 2016, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengadakan latihan pusat bersama-sama atlet UTHM yang lain di sekitar Stadium UTHM. Segala kelengkapan seperti makanan dan penginapan disediakan oleh Pusat Sukan UTHM. Disini atlet diminta untuk berlatih , gym , fitness dan lain-lain untuk meningkatkan prestasi sebelum game bermula. Selain itu, akan ada beberapa kelas juga untuk meningkatkan kemahiran atlet dari segi mental dan fizikal termasuk juga tips pemakanan. 

Setakat ini, perjalanan latihan bagi atlet tenpin bowling berjalan dengan lancar. Jurulatih memberi banyak dorongan dan bimbingan sepanjang latihan berlangsung. Selain itu, kami juga diberi beberapa game pendedahan untuk memberi semangat berpasukan dikalangan kami since game boling juga termasuk dalam game berpasukan. Gambar diatas merupakan team bowling UTHM untuk kejohanan SUKIPT 2016. Diharap, dengan baki 2 hari ni kami dapat meningkatkan lagi kemahiran kami terutamanya confident level. We can do it dude ! Gambateh ! hehehehe


ZULASRI : Dekat-dekat nak game ni, sometimes ada perselisihan faham diantara team. Harap boleh selesai dengan cepat :)

 

Jom Terjah Story Ini Juga :


2 comments:

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah