Kem Kembara Atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sungai Sedim, Kedah

By Zulasri Ashaari - November 19, 2015


Alhamdulillah, program Kem Kembara Atlet UTHM selesai dengan jayanya. Terima kasih buat Pusat Sukan UTHM kerana memberi peluang kepada semua atlet UTHM menyertai program ini. Sepanjang program berlangsung, banyak aktiviti yang telah dilakukan. Antaranya Rafting, Kayak , night walk , jungle trakking, water confident dan banyak lagi. Program ini dilakukan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal atlet UTHM untuk bersedia dalam kejohanan MASUM, SUKIPT dan kejohanan-kejohanan lain untuk menaikkan lagi sukan UTHM di peringkat Malaysia. Selain itu, program ini juga dilakukan untuk merapatkan lagi hubungan diantara pegawai sukan UTHM dengan atlet-atlet UTHM. Alhamdulillah, semua tentatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Ini merupakan kali pertama aku melakukan aktiviti Rafting dan Kayak. Pada mulanya memang agak gementar juga sebab aktiviti ini dilakukan secara berseorangan ( kayak ) dengan perjalanan di sungai yang deras sejauh 2KM. Aktiviti rafting adalah aktiviti yang paling best. Walaupun agak seram, tapi memang seronok. Ada yang terpelanting keluar dari bot, ada yang menjerit. Rasa macam naik roller coster pun ada ( walaupun tak pernah sebenarnya naik roller coster ) haha..



ADMIN : Kalau diberi peluang lagi, Insyaallah akan kesana lagi. PSU ! Pls sponsorkita lagi untuk kesana ! haha



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah