Friday, August 28, 2015

5 TUNTUTAN BERSIH 4.0


Lima tuntutan Bersih 4.0:

* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara

29 dan 30 Ogos 2015
Kuala Lumpur | Kuching | Kota Kinabalu

ADMIN : Pesan aku kepada semua, hati-hati ketika berada disana. Jangan buat kacau-bilau yang boleh mengangu orang lain. Tak salah berpolitik, tapi biarlah dengan cara yang BERSIH.



Wednesday, August 26, 2015

PELANCARAN FREE WIFI 30 OGOS 2015



Dengan wujudnya Smartphone, komputer riba yang berteknologi tinggi dan banyak peranti lain, segala maklumat boleh dilayari dengan adanya kemudahan Internet. Semua benda boleh diketahui dengan adanya Internet ataupun Mr. Google. Tapi, untuk melayari internet bukanlah satu perkara yang mudah kerana perkhidmatan itu harus dibayar mengikut quota atau kelajuan masing-masing. Dan perkhidmatan ini juga bukanlah satu benda yang murah kerana pelajar khususnya harus mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk internet. Oleh sebab itu, pelajar atau orang awam lebih gemar untuk lepak di kedai yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Lain pula di negeri Johor. Kerajaan negeri Johor telah menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk penduduknyaa. Tarikh pelancaran ini adalah pada 30 Ogos 2015. Terdapat beberapa tempat yang sering dikunjungi mempunyai kemudahan wifi dan kemudahan ini akan ditambah tempatnya secara berperingkat. Untung menjadi rakyat Johor.




ADMIN : Untung jadi sebahagian daripada pelajar Johor.




Jom Terjah STORY ini juga :




SEJARAH HITAM NEGERI SABAH


Pada 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six :

1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens
Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.

Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.


Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Persoalan Peristiwa Double Six

#‪#‎rombongan‬ ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu? di saat akhir?
#‪#‎Punca‬ kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar?
#‪#‎Negeri‬ Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia.

The fact -> Royalti Minyak yang Sabah terima sekarang ialah 5% dan adalah negeri termiskin di negara Malaysia


ADMIN : Belajar sejarah dahulu sebelum menilai negeri orang lain. 


Jom Terja STORY ni pula :

Jenis Denda Yang Guru Lakukan DiSekolah

Menjadi seorang guru bukanlah satu benda yang mudah. Banyak perkara yang perlu diketahui atau difikir sebelum mengajar. Bukan mudah untuk mendidik anak orang supaya berjaya dimasa hadapan. Banyak perkara yang perlu diajar untuk mendisiplinkan mereka agar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Seperti kita juga, kita juga pernah bergelar pelajar atau mungkin sehingga kini masih belajar. Mungkin jenis-jenis denda ini kita pernah alami satu ketika dahulu dan mungkin juga jenis denda ini boleh dilakukan oleh bakal guru. 










ADMIN : Pasti ada yang teringat kembali kan masa-masa nakal dulu? Alhamdulillah, Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Memberi peluang kepada kami untuk menjalankan "Rancangan Orentasi Sekolah", dimana 8 orang pelajar diberi peluang untuk menjadi guru pelatih di Kolej Vokasional Likas. Next Update akan share pasal program tu okay? :)


Jom Terjah Story Ini Juga :