Eksplorasi Mega 1.0

By Zulasri Ashaari - September 21, 2014


 ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH.


Syukur Alhamdulillah, setelah 3 minggu berada di UTHM, banyak pengalaman baru yang aku lalui. Terima kasih kepada Kolej kediaman Perwira kerana memberi peluang kepada kami untuk berkhidmat dengan masyarakat Taman Pintas Jaya. Sabtu lepas ( 20 september 2014 ) , Kolej Kediaman Perwira telah menganjurkan satu program Khidmat Masyarakat yang bertempat di Taman Pintas Jaya. Program bermula sekitar pukul 7.30 pagi yang disertai oleh penghuni Kolej Kediaman Perwira. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran pelajar UTHM khususnya pelajar Kolej Kediaman Perwira kepada aktiviti kemasyarakatan. Dengan adanya program seperti ini, pelajar bukan sahaja akan melalui proses P&P,mala pelajar juga akan belajar cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

Menurut Dr. Afandi Bin Ahmad ; 

Antara peranan Universiti ialah memasyarakatkan warganya demi kebaikan bersama. KK Perwira komited dan akan memulakan semester ini dengan program Eksplorasi Mega 1.0 (1Perwira 1Komuniti) dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Taman Pintas Jaya.Semoga usaha ini dapat memberikan lebih kefahaman kepada penghuni betapa indahnya "erti hidup pada memberi".








ADMIN : Semoga PELAJAR UTHM khususnya penghuni Kolej Kediaman Perwira mengambil kesempatan ini untuk mengikuti program yang dianjurkan. Proses pembelajaran bukan hanya di dalam kelas. Ingat tu ! :)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Meriahnye progrem kemasyarakatan. Huhu. ^_^ berkain pelikat bagai. Hiks!

    ReplyDelete
  2. hehehe..mmg best ! sesuai dengan tagline kolej kediaman kami " hanya di Perwira" :) tp yg tak bestnya, hbs muka terbakar oleh matahari..hahahha

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah