Jelajahi Kinabalu Park / Taman Kinabalu

By Zulasri Ashaari - August 06, 2014

Kinabalu Park atau Taman Kinabalu merupakan antara Taman yang terkenal di negeri Sabah. Taman Kinabalu ini merupakan salah satu Taman Nasional pertama di Malaysia pada tahun 1964.Selain itu, Taman Kinabalu juga diiktiraf sebagai salah satu tapak biologi paling penting dalam dunia dengan lebih daripada 4,500 spesis flora dan fauna, termasuk 326 burung dan kira-kira 100 spesies mamalia. Keindahan alam semula jadi yang ada disana membuatkan kita berasa tenang dan jauh dari bandar. Bayaran masuk untuk ke Kinabalu park ialah RM3 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Bagi pelancong asing pula, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM15.

TIPS : Jangan buang tiket pembayaran ke Kinabalu Park kerana anda boleh menggunakan tiket itu ke Kolam air panas Poring.

Taman ini adalah salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Sabah dan Malaysia amnya. Pada tahun 2004, lebih dari 415.360 pengunjung dan 43.430 pendaki melawat Park.












Jom lihat lebih banyak lagi gambar keindahan di negeri Sabah -----> My Flickr

ADMIN : Untuk pengetahuan anda, Kinabalu Park juga merupakan titik pertama untuk mendaki Gunung Kinabalu.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Jangan kata kinabalu, gunung ledang pun belum ana jejaki lagi. Hahaha. Insya-Allah, sometime akan kinabalu akan masuk wishlist tempat2 yang ana nak pegi. *ehem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Amin... Hehe..nanti kalau dtg sabah, inform je ngan saya..mana tau saya free kan, boleh bawa pusing2..hihi

      Delete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah