Lelaki Boleh Ponteng Puasa

By Zulasri Ashaari - July 13, 2014




Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam dan wajib untuk semua umat Islam. Jika kaum wanita mempunyai alasan munasabah untuk tidak dibenarkan berpuasa, lelaki juga boleh dikecuali. Tapi, baca entri ini terlebih dahulu supaya anda tidak mengambil kesempatan ponteng puasa!

Pertama sekali, lelaki-lelaki dibenarkan tidak berpuasa jika sedang sakit tetapi mempunyai harapan untuk sembuh dan bagi yang musafir saja. Ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran, menerusi surah al-Baqarah (20), 184:

"Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, wajiblah dia menggantikannya pada hari-hari yang lain."

Selain itu, jika anda mempunyai penyakit yang mendatangkan mudarat yang besar, kesakitan yang teruk dan bimbang akan mati sekiranya tetap meneruskan berpuasa, maka waktu itu anda wajib berbuka. Tetapi wajib diganti selepas itu pada hari-hari lain.

Anda juga tidak wajib berpuasa jika disebabkan terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa wajib terhadap orang yang mampu melakukannya. Namun, golongan ini wajib membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin.

Dikecualikan juga berpuasa tetapi wajib membayar fidyah jika anda tergolong dari pekerja buruh seperti bekerja di tempat yang melibatkan kepanasan api. Misalnya bekerja di industri batu arang, penempaan kaca atau besi, buruh buat jalan raya atau pekerja binaan yang bekerja dari pagi hingga petang.

Secara ringkas, puasa adalah wajib tetapi kelonggarannya ditentukan oleh Allah S.W.T dengan tafsiran keadaan tertentu. Apa pun, semuanya perlu diganti sama ada ganti pada hari lain atau membayar fidyah.

Jangan pula selepas membaca entri ini, ramai menganggap diri sebagai pekerja buruh, musafir dan pesakit kronik gara-gara tidak sempat bangun sahur pagi tadi!

Jalan sini juga :


  • Share:

You Might Also Like

4 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah