Penutupan Pantai Tanjung Aru

By Zulasri Ashaari - June 04, 2014


ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERAH ! 


Minggu lalu aku bersama rakan-rakan melihat keindahan matahari terbenam di kawasan Pantai Tanjung Aru. Pantai tersebut merupakan pantai yang sangat indah dan menjadi kebanggaan aku sebagai anak Sabah. Selain itu, pantai tersebut merupakan kawasan yang sering dikunjungi pelancong asing kerana keindahan pantai tersebut. Akan tetapi, sedih aku mendengar berita penutupan pantai tersebut untuk tujuan pembangunan.Dijangka kawasan persisiran pantai Tangjung Aru akan dijadikan zon pusat peranginan dan hotel. Program ini dijelaskan ketika pameran Perundingan Awam Pelan Deraf Perancangan Bandar 2020, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berlangsung pada 8 Mei – 22 Mei di pejabat Bandaraya Kota Kinabalu.

Selain itu, zon tersebut telah dilanjutkan ke kawasan laut di persisiran pantai yang membawa kepada iviti penebusan laut yang besar dan ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan aktivist alam sekitar dan juga orang awam akan kesan kepada alam sekitar.

Justeru, Kota Kinabalu menghadapi kemungkinan kehilangan beriadah di pantai Tanjung Aru dengan pengenalan projek pembangunan pusat peranginan bertaraf antarabangsa ini.
Sebenarnya aku sangat terkejut dan kecewa dengan pengenalan zon pusat peranginan dan hotel di persisiran pantai dalam pelan bandaraya dan melihat orang ramai akan hilang kawasan beriadah awam mereka untuk pembinaan hotel dan pusat peranginan mewah.




“Kami terkejut setelah melihat pelan bandaraya baru DBKK untuk pantai Tanjung Aru, yang menunjukkan tiga kawasan zon baru yang berada di kawasan laut, yang meninggalkan kawasan yang kecil bagi orang awam untuk menikmati kawasan pantai”


MORE PICTURE : FLICKR

Dalam isu ini, orang awam boleh membuat bantahan terhadap pelan deraf bandaraya dengan membeli borang bantahan yang berharga RM1.00 di pejabat DBKK seperti yang termaksub dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, seksyen 9 dan 13.Sebagai contoh sebuah pusat peranginan di pantai karambunai yang menyekat kemasukan orang awam ke kawasan berhadapan pantai kawasan peranginan mereka.Tidak sepatutnya melarang orang awam daripada melawat kawasan pantai tersebut kerana ia adalah kawasan awam.


ADMIN : SAVE OUR NATURE ! SAVE OUR BEACH & SAVE OUR EARTH !!

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah