Kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik



Sepang: Siasatan operasi dan menyelamat insiden kehilangan pesawat MH370 Boeing 777-200 memasuki fasa baru kemungkinan pesawat itu berpatah balik.

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, radius pencarian terpaksa diperluaskan lagi berdasarkan kemungkinan terbaru itu.
Bagaimana beliau hanya berkata teori itu masih di peringkat perbincangan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Hishammuddin turut mengesahkan sedang menyiasat empat identiti penumpang yang disyaki menaiki pesawat guna pasport milik individu lain.
Katanya, beliau juga sedang berbincang dengan agensi risikan dalam negara dan antarabangsa termasuk Unit Anti Pengganas negara terbabit bagi melancarkan siasatan bersama.
"Pihak Biro Risikan Persekutuan (FBI) juga sudah dihubungi dan berada di negara ini bagi tujuan ini," katanya.

Ditanya sama ada terdapat rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung pergerakan empat identiti penumpang yang menggunakan pasport milik individu lain itu, katanya, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada MAS.

Buat masa ini pihaknya belum dapat mengesahkan lagi identiti penumpang yang disiasat itu.

Selain itu, ditanya insiden sama ada berkaitan rampasan pesawat oleh pengganas, beliau belum dapat mengesahkan maklumat itu namun melihat perkara berkenaan daripada segala sudut dan sebarang kemungkinan.

2 comments:

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah