Tips Pelihara Penglihatan Sihat

Walaupun anda seorang yang berkaca mata akibat masalah penglihatan tetapi jangan biarkan 'kuasa' rabun terus meningkat dan mengganggu kebebasan anda. Tip kali ini serba sedikit boleh membantu anda lari dari terus memakai kaca mata yang tebal lagi hodoh! Yes ! saya dulu memakai cermin mata, tetapi sekarang saya memakai kanta lekap. Sukar untuk saya melakukan banyak aktiviti jika memakai cermin mata.






Makanan seimbang. 

Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk mata anda. Makan banyak sayur dan buah-buahan bukan saja baik untuk tumbesaran tubuh badan dan kulit tetapi mampu membantu melindungi masalah mata seperti katarak dan AMD. Lobak merah antara sumber makanan terbaik untuk penjagaan mata.



Pakai kaca mata hitam. 

Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Apabila berada di luar atau sedang melakukan aktiviti di bawah cuaca panas, pastikan kaca mata anda mempunyai sinar UV ynag boleh menghalang cahaya matahari dari merosakkan pandangan mata anda.



Berhenti merokok. 

Jangan ingat bahaya merokok hanya menyerang kondisi kesihatan. Kandungan rokok juga boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak dan AMD. Ramai yang mengaku sukar untuk berhenti merokok tetapi kami sarankan gantikan tabiat merokok dengan mengunyah gula-gula getah untuk membiasakan diri.



Kekalkan berat badan.

Apabila anda mempunyai tubuh badan yang berat atau tergolong dalam kelompok obesiti, anda berpeluang untuk menghidap penyakit diabetis. Penyakit diabetis atau kencing manis yang teruk boleh menjadi penyebab kepada mata semakin rabun. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi buta!



Penggunaan cahaya lampu yang betul.

Apabila anda tergolong usia veteran, penglihatan anda tidaklah sekuat dulu. Anda perlu memelihara mata dengan cara yang betul. Misalnya, memasang lampu yang sesuai untuk membaca di dalam bilik yang gelap, tidak berada di dalam ruang tamu yang gelap dan terlalu terang dan tidak menonton televisyen dengan jarak dekat.

 

Bersenam.

Oksigen yang mencukupi dan peredaran darah yang baik adalah penting untuk mata. Elak tidur yang kurang sebaliknya dapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan mata yang penat bekerja. Ketika anda tidur, mata dapat berehat dari pencemaran habuk dan cahaya.



Jika anda menganggap memakai kaca mata itu 'cool', fikirkan semula kerana ia boleh mengganggu anda melakukan aktiviti lasak. Jangan kerana anda mahu tampil 'cool' tetapi dipandang sebagai lelaki 'nerd'!

No comments:

Post a Comment

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah