Masalah Pekerjaan Di Malaysia

"Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun di rantau Asia Tenggara." Bila sesebuah negara itu sedang dalam proses ke arah sebuah negara yang lebih maju maka mustahil negara itu mengalami kesukaran dalam membekalkan peluang pekerjaan terhadap rakyatnya.Adakah peluang itu memang tidak ada atau anda sahaja yang tidak merebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu? Pada pendapat saya peluang pekerjaan di Malaysia masih terbuka luas dengan banyak sektor baru yang sedang dibangunkan.Kalaulah kekurangan peluang pekerjaan berlaku di Malaysia kenapa kita memerlukan lebih 3 juta pekerja asing di semua sektor pekerjaan di negara kita?





Aku sebenarnya baru sahaja tamat pengajian di Politeknik Kota Kinabalu Mei lepas. Sepanjang cuti, aku habiskan masa dengan menolong kedua ibubapa ku mengurus perniagaan mereka. Beberapa hari lepas, ibubapa ku mula bertanya pasal pekerjaan ku. Aku sebenarnya binggung sama ada mahu kerja atau sambung belajar. Memang ada keinginan untuk kerja, tapi untuk mendapat kerja di sektor kerajaan bukannya mudah. Negara kita semakin banyak pelajar yang mempunyai kelulusan yang tinggi. Banyak persaingan berlaku. Nak tunggu SPA , Berjanggut aku menunggu. 

Ada beberapa kemungkinan kenapa kita sukar untuk mendapatkan pekerjaan di malaysia.


  • Kita tidak ada kelulusan akademik


Jika anda ingin berkerja di mana-mana sektor pun semuanya memerlukan kelulusan akademik. Jika SPM pun hanya cukup-cukup makan, Maka janganlah anda berharap untuk menjadi pegawai yang tinggi-tinggi.



  • Kelulusan ada tetapi tersalah pilih bidang


Kebanyakan universiti sekarang samada awam atau swasta hanya mementingkan jumlah pelajar yang akan masuk mengikuti kursus dalam universiti atau kolej mereka.Jarang sekali kita mendengar yang mereka ada membincangkan tentang hala tuju anda selepas tamat belajar di situ.Jangan sekali-sekali anda pilih bidang yang peluang pekerjaannya amat kurang di negara ini. Jadi sewaktu anda mula memohon masuk ke IPT tempatan atau luar negara maka anda harus fikirkan apa akan berlaku pada anda selepas tamat pengajian nanti.Di mana anda akan boleh mencari kerja.



  • Anda ada kelulusan tapi memilih kerja.


Orang yang sebegini tidaklah ramai tetapi saya percaya akan kewujudan golongan ini.Anda semua janganlah terlalu memilih kerja..Buat permulaan jika ada kerja yang melintas di depan anda maka anda harus mengambilnya dulu. Di sinilah anda boleh buat platform untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan lebih sesuai dengan anda nanti.






  • Terdapat persaingan dari tenaga buruh asing


Ini masalah dari syarikat.Ada syarikat swasta yang lebih suka menggaji pekerja asing kerana upahnya lebih murah dan syarikat mereka tidak seberapa terikat dengan undang-undang buruh Malaysia.Jika mengambil buruh tempatan maka banyak undang-undang yang perlu dipatuhi malahan kos pembayaran di luar juga akan meningkat.



  • Tempat anda bukan pusat pembangunan


Kemungkinan terdapat kes di mana anda tinggal jauh dari pusat pembangunan yang sedang dilaksanakan maka ini tentu memerlukan sedikit pengorbanan jika anda ingin berkerja di tempat lain.. tapi asalkan mendapat pekerjaan maka anda harus mengambil peluang itu..



ADMIN : jangan berfikiran negatif dan sentiasa berfikir maju ke depan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara

No comments:

Post a Comment

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah