Rahsia Cap Jari Anda


cap jari

Untuk pengetahuan semua cap jari kita bukan hanya digunakan sebagai pengenalan diri sahaja, malah ianya juga boleh digunakan untuk mengenal personaliti dan potensi diri seseorang individu tertentu.

Dengan teknologi yang baru, pelbagai alat yang boleh digunakan untuk manusia salah satunya ialah penganalisis cap jari. Berikut adalah sidikit petikan daripada akhbar tempatan.

Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang.
Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik – ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.
Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar.
Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.

Berikut adalah sedikit info mengenai proses cap jari :


  • Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persat)
  • Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
  • Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
  • Fungsi kerja otak dipetakan
  • Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan.
Baca Juga Ini : Berbicara Guna Iman Bukan Guna Nafsu

1 comment:

  1. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah