Petua Merawat Gastrik

Assalammualaikum Rakan-rakan sekalian 


Hari ni Zul nak Share petua merawat gastrik pula. Korang mesti pernah kena penyakit ni kan ? Selalu nya di bulan Puasa lah..haha.. Beberapa minggu lepas , Jurulatih Zul ada memberi penerangan sedikit mengenai penyakit ni. Beliau juga telah memberikan beberapa petua untuk kami semua sebagai Atlet negeri Cheewaahh merawat penyakit tersebut. Harap petua ni dapat membantu kita untuk merawat Ok ?

1. Susu Kambing

- Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.

2. Daun Betik 

- Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

3. Akar Patawali

 - Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan akar patawali adalah sangat pahit.

4. Selaput Tunggul

Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.

5. Daun Sembong

Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.

6. Daun Mengkudu

Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.

7. Daun Bunga Lili

Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

8. Tempurung Kelapa

Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.

Extra Tips :  Selalunya , bila gastrik tersebut telah hilang , kesan sakit tu masih ada... Jadi Zul sarankan untuk 
                    korang minum susu pekat ( tanpa air ) beberapa sudu untuk melincirkan/melicinkan lagi perut
                    perut itu. Kerana menurut Jurulatih Zul, Ketika gastrik, perut kita seolah-olah terlipat. Thanks


4 comments:

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah