TIPS BERTAHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA


Apa khabar para Followers ku yang tersayang ? Harap korang sihat-sihat belaka lah yee. Yang belum follow tu , Click button Follow cepat. hahaha Gurau je . Di kesempatan ini, MR.Dracula ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh kaum muslim di Dunia . 1st day puasa ni mesti ada yang tak tahan lah , tak larat lah dan bermacam-macam alasan. Tapi itu semua kan dugaan, Kita tahan tu semua sampai terbenam matahari je pun. Cuba fikir kat Orang yang tak mampu nak makan walau sehari dan sanggup berlapar berhari-hari macam kat Palestin tu. ALAMAK, Cakap banyak pula saya ni, hari ni MR. Dracula nak SHARE Tips-tips untuk berpuasa di Bulan Ramadhan ini.

TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

1) untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2) untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3) perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

4) amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

5) banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan


Harap TIPS ini berguna untuk anda semua. SELAMAT BERPUASA !!

2 comments:

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah