MARI BELAJAR ELEKTRIK :ARUS ULANG-ALIK





Hello Semua . Ok , korang pun tau kan , ni adalah entry kedua Mr. Dracula untuk Subjek elektrik nie.Semua ni Mr. Dracula kongsikan adalah untuk berkongsi ilmu Mr. Dracula di samping dapat meningkatkan lagi ingatan Mr. Dracula kepada subjek ni. Kira Refresh balik lah ni .. hehehe Mr. Dracula pun hanya lah manusia biasa yang tidak mampu untuk mengingati semua perkara. OKAY ! Toksah dok panjang lebar bercakap, hari ni kita belajar tentang ARUS Ulang-Alik ( AU ).

APA SEBENARNYA ARUS ULANG-ALIK NI ?


Arus ulang-alik (AC, juga AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang arah alirannya berulang-alik, tidak seperti arus terus (DC atau AT), yang mana arah alirannya adalah tetap. Bentuk gelombang yang lazim bagi arus AC adalah dalam bentuk gelombang sinus, memandangkan ia menghasilkan satu bentuk penghantaran elektrik yang paling cekap. Walau bagaimanapun di sesetengah aplikasi pula bentuk gelombang yang berbeza digunakan, seperti bentuk gelombang segitiga ataupun gelombang segiempat sama.

Secara umumnya, AC merujuk kepada bentuk tenaga elektrik yang dihantar ke rumah dan premis perniagaan. Walau bagaimanapun, isyarat audio dan radio yang dibawa oleh wayar elektrik juga merupakan contoh arus ulang-alik. Dalam aplikasi tersebut, matlamat utama ialah memperoleh semula maklumat yang dikodkan (atau dimodulasi) ke isyarat AC


Pancahayaan bandar raya yang dilihat dalam bentuk pendedahan kekaburan pergerakan. Kelipan AC menyebabkan garisan menjadi berbintik dan bukannya membentuk garisan lurus.


No comments:

Post a Comment

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah