MARI BELAJAR BAHASA SABAH





BELAJAR BAHASA SABAH :

Penggunaan "BAH" yang betul :

"bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat Sabahan. Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "-bah" mempunyai fungsi seperti berikut :

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya menjawab -Kamu pergilah dulu).

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata.
Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat :
BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kdai
sana."
Boy menjawab, "Bah."

BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai.
"Boy menjawab, "Baiklah"

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat :

1. "ko orang KL bah kan?"
2. "sejuk bah ni air"
3. "awal lagi bah ni"

PENGGUNAAN PERKATAAN "BAH" YANG SALAH

Masyarakat Sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain dari Sabah.

Mari kita menghayati dan cuba kesan penggunaan perkataan "BAH" yang salah dalam ayat² ini :

1. "apa kabar bah?" -kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul Gak)

Oleh Itu Marilah Bersama² Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul, Tapi tak salah kalau salah cakap sebagai langkah mula untuk belajar :)




7 comments:

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah