Skip to main content

Kenali Qarin didalam Diri kita


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

 

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم






Comments

Popular posts from this blog

Kenali Hafiz Mahamad

Wow ! Tak sangka mamat ni makin popular dikalangan gadis-gadis. Well, ramai pompuan nak boyfriend dia macam Hafiz Mahamad kan. Siapa je tak mau dilayan macam princess. Okay, buat yang masih tak kenal siapa Hafiz Mahamad ni, boleh lah Stalk Instagram, Twitter dan FB dia. Buat lelaki-lelaki diluar sana, boleh la ambil inspirasi dari dia. Hehehe



Instagram           :@Hafizmahamad
Twitter               : @Hafizmahamad
Facebook           :  Hafiz Mahamad

ZULASRI : Power shall ! 

JOM TERJAH STORY NI JUGA :
Bagaimana badan kita beroperasiJenis denda yang guru lakukan di sekolahProjek bahasa asing Kem Bina Insan guru Vokasional Mid Night Movie - The Hunger Games MockingJay

Tubuh Mongelku Di Kucup.. Di Isap.. Di Ramas Sepuas-puasnya

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain Tauke Leong yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..Suatu malam datang seoranglelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi..aku resah meninggalkan kawan yang lain.

Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati? simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar? mereka juga bakal menerima nasib yang sama? Joe membawa aku berjalan ? jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa..

Tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya …

Cara mengambil SPM semula

Untuk mendapat kerja di institusi kerajaan dengan kelayakan SPM sekarang ni amat sukar. Banyak persaingan berlaku diantara pelajar lain. Semakin ramai pelajar Malaysia semakin pandai dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Baru-baru ini, aku mendapat email daripada seorang sahabat blog yang mempertanyakan bagaimana untuk mengambil SPM semula. Okay, sebelum kita ingin mengambil peperiksaan ulangan, kita hendaklah berpegang dengan syarat yang diberikan oleh Kementerian.


Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
atau

Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.
atau
Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
atau
Mereka yang telah mencapai umur 19 17 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan SPM semasa.

Merek…