Mari Belajar Elektrik : Arus Terus

By Zulasri Ashaari - March 29, 2012



Hello Semua . Ok , korang pun tau kan , ni adalah entry pertama Mr. Dracula untuk Subjek elektrik nie.
Semua ni Mr. Dracula kongsikan adalah untuk berkongsi ilmu Mr. Dracula di samping dapat meningkatkan lagi ingatan Mr. Dracula kepada subjek ni. Kira Refresh balik lah ni .. hehehe Mr. Dracula pun hanya lah manusia biasa yang tidak mampu untuk mengingati semua perkara. OKAY ! Toksah dok panjang lebar bercakap, hari ni kita belajar tentang ARUS TERUS( AT ) ataupun juga dikenali sebagai Direct Current.

APA SEBENARNYA ARUS TERUS NI ?

Arus terus ni adalah merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala sahaja.Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termogandingan, sel suria serta dinamo jenis komutator. Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir pada arah yang tetap. Arus terus juga boleh diperolehi daripada bekalan arus ulang-alik dengan menggunakan diod atau rektifier yang membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Arus terus juga boleh ditukar kembali ke arus ulang-alik dengan menggunakan inverter ataupun set motor-penjana.



Nampak tu arus terus tu ? Ia nya berjalan sehala je kan ?
Haaa tu lah ia nya di panggil arus terus .

Dalam kejuruteraan elektrik, istilah Arus terus ni digunakan bagi merujuk kepada sistem kuasa dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus, serta merujuk kepada lawannya, berfrekensi sifar, ataupun nilai min setempat bagi voltan atau arus yang berubah secara perlahan. Contohnya, voltan yang merentasi punca voltan AT adalah malar sebagaimana arus merentasi punca arus AT. Penyelesaian AT bagi litar elektrik ialah penyelesaian di mana semua voltan dan arus adalah malar.

Walaupun DC bermasud "Arus Terus", DC kadang-kala merujuk kepada "kekutuban malar". Melalui definisi ini, voltan DC boleh berubah mengikut masa, seperti keluaran mentah daripada rektifier ataupun isyarat bunyi yang berubah-ubah melalui talian telefon
Sesetengah bentuk DC (seperti yang dihasilkan pada alat kawalan voltan) mempunyai voltan yang hampir malar, tetapi masih mempunyai perubahan pada keluaran kuasa dan arus.

APA SEBENARNYA APLIKASI ARUS TERUS DALAM SISTEM ELEKTRIK NI ?

Pemasangan arus terus biasanya mempunyai set soket, suis serta peralatan yang berbeza, selalunya disebabkan voltan yang rendah. Adalah penting bagi peralatan arus terus untuk tidak menterbalikkan kekutuban kecualilah jika peralatan tersebut mempunyai titian diod untuk memperbetulkannya (kebanyakan peralatan berkuasa bateri tiada titian diod).
DC biasanya didapati pada aplikasi voltan rendah, terutamanya yang berkuasa bateri, yang hanya boleh menghasilkan DC, ataupun sistem kuasa suria, memandangkan sel suria hanya menghasilkan DC. Kebanyakan aplikasi automotif menggunakan DC, walaupun pengulangalik ialah peranti AC yang menggunakan rektifier untuk menghasilkan DC. Kebanyakan litar elektronik memerlukan bekalan kuasa CD. Aplikasi menggunakan sel bahan api (mencampurkan hidrogen dengan oksigen bersama untuk menghasilkan elektrik dan air) juga hanya menghasilkan DC.


Simbol pada peralatan elektronik yang memerlukan atau menghasilkan arus terus.

HAA , Faham dah apa itu arus terus ? Horayy .. tepuk tangan sendiri 

Okay , untuk next Entry Mr. Dracula akan Ajar tentang arus terus pulak ok ? Terus kan bersama MR. Dracula untuk lebih Info tentang subject ni 

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Setakan apa lagi yang anda ingin belajar okay :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bley sye tanye? apa beza voltan arus terus(DCV) dengan arus terus (DCmA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DCV - ada satu polarity je...sama ada positif je atau negatif je...
      Nilai nya tetap....DCV n DCmA bezanya...DCV tu voltan...DCmA tu arus.

      voltan tu ialah daya yang mengerakkan cas2 elektrik manakala arus ialah cas2 elektrik yg bergerak...

      Delete
  4. Salam....apa formula yg di gunakan untuk mengira DC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://ehbloger.blogspot.com/2014/06/dc-circuit-equations-and-laws.html

      Delete
  5. apakah peralatan elektronik lain yang boleh diukur menggunakan DC selain daripada bateri

    ReplyDelete
  6. wow..kembali ke zaman blog...terima kasih ats perkongsian yang bermnafaat ini cikgu!

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah