Kenali Dim Sum makanan Tradisional Kaum Cina




Hai semua , malam ni Mr. Dracula nak share something yang baru sahaja Mr. Dracula makan tadi.
APA DIA ?  makanan tersebut adalah DIM SUM. Makanan tradisional kaum Cina .


APA "DIM SUM" TU SEBENARNYA?


Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Yum cha (yang secara harfiah "meminum teh") adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga, ibu bapa Cina suka membawa anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek mereka. Sesetengah orang membawa surat khabar dengan mereka dan membincang berita dengan keluarga mereka. Sesetengah kedai makan Cina memberikan potongan harga pada menu hidangan yang dibeli sebelum 11:00 pagi dan potongan waktu teh selepas 2:00 petang untuk menggalakkan pelanggan mengelak dari datang pada waktu puncak makan tengah hari.

LOKASI MAKANAN TESEBUT  




terimah kasih kepada kedai Fook Yuen Cafe & Bakery kerana menyediakan makanan sesedap itu dan yang penting makanan tersebut HALAL taw. tak taw ke mana tempat ni ? 
alah , korang pusing-pusing je kat Gaya Street , Kota Kinabalu Tu . Confirm korang jumpa punyalah .. Korang tgk je kedai makan yg ramai orang tu. 
Hehehehehe





1 comment:

  1. Sedap tak ? Nyum nyum ^^
    Salam singgah :)
    http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah